Panduan menanam BENDI

PANDUAN MENANAM BENDI

Pendahuluan
bendi
Salah satu jenis sayuran berbuah yang kaya dengan bahan protin  dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir.  Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak.  Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng.  Buahnya juga  diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam.  Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato.  Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi.

 

Khasiat Makanan:

  • Buahnya yang muda boleh dijadikan sebagai sayur-sayuran, yang boleh dimakan mentah, digoreng, dimasak sebagai sop atau dijadikan sos.  Ia juga boleh dikeringkan atau dibuat acar.
  • Bijinya boleh dijadikan sebagai pengganti kepada kopi.
  • Daun mudanya boleh dimakan oleh manusia atau dijadikan sebagai makanan haiwan.
  • Buahnya amat baik untuk membantu menguatkan otak, iaitu bagi menambah daya ingatan dan kecerdasan
  • Biji, akar dan bunganya sekiranya direbus dapat melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang dan mengurangkan masalah susah bersalin.
  • Air rebusan biji, akar dan bunga boleh disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul.  Jika air rebusan itu dicampur dengan gula boleh dijadikan sebagai sirap ubat batuk dan rawatan sakit kerongkong.
  • Lendir buah bendi boleh dijadikan sebagai ubat untuk menyejukkan dan melembutkan kulit.

Varieti:

MKBe 1 – Pilihan MARDI.  Buah melebihi 15 scm panjang, bilangan segi 5, warna buah hijau kekuningan, hasil sepokok 180-2,000 gm, bilangan buah sepokok adalah antara 14-105.

Penanaman
Bendi boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir, tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran baik.

 

Penyediaan Tanah
Bajak dan gembur tanah sedalam 15 cm hingga 22 cm.  Buat pengapuran jika perlu iaitu 2 minggu sebelum menanam.  sediakan batas.  Gaulkan ke dalam tanah baja organik seperti baja soil amendment bio super sebanyak 3 hingga 5 tan sehektar.

Menanam
Tanam  biji benih sedalam 2.5 cm di batas. Pastikan dibubuh 2 biji selubang.  Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90 cm dan 60cm antara pokok.  Selepas 2 minggu cabut satu pokok yang kurang subur.  Sebanyak 11 gram biji benih diperlukan untuk satu batas yang berukuran 1.2 m lebar dan 30 cm panjang.
Membaja
Tabur baja sebatian 16:4:20:2MgO:1B:TE:HA di keliling pokok setiap 2 minggu.  Untuk sehektar memerlukan 1 tan baja.

Pusingan

Masa

Jenis Baja

Kadar/Pokok

Kadar/Hektar

1
2
3
4

Sebelum menanam
1 bulan
2 bulan
3 bulan

Soil amendment bio super

Baja foliar

Baja sebatian 16:4:20:2MgO:1B:TE:HA

Baja foliar

300 g
Semburan
32 g
Semburan

4 tan
0.2 tan
0.4 tan
0.4 tan

Rujuk lampiran program pembajaan tanaman bendi.

Menyiram
Siram sekali sehari pada waktu petang.  Penyiraman penting di peringkat pokok mengeluarkan bunga dan pembentukan buah.

Merumput
Cabut rumput jika perlu atau gunakan racun herba.  Ikut arahan pada label racun herba tersebut.

Sungkupan
Buat sungkupan daripada jerami padi, daun-daun kering atau kepingan plastik hitam bagi mengawal rumpai dan untuk mengekalkan kelembapan tanah.

Memangkas
Setelah semua hasil dipetik, pokok-pokok perlu dipangkas setinggi 40 cm hingga 60 cm dari paras tanah untuk mendapatkan hasil bagi kali kedua.  Empat hingga lima tunas baru dibiarkan membesar selepas pemangkasan.  Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaan.


Kawalan Musuh dan Penyakit

Musuh:
Musuh utama tanaman bendi ialah serangga dan perosak seperti ulat pengorek dan kepinding buah yang merosakkan buah-buahan bendi pada semua peringkat pertumbuhan buah.  Sekiranya serangan teruk, gunakan racun serangga seperti Diazinon.

 

Penyakit:
Penyakit utama tanaman bendi ialah bintik daun yang terdapat pada daun tua di mana daun-daun ini kelihatan bertompok-tompok hitam dan berjelaga.  Penyakit ini boleh dikawal dengan menyembur racun kulat Benomyl.  Penggunaan racun-racun hendaklah mengikut arahan label.

 

Penuaian
Buah-buah bendi boleh dituai dengan memotong 2 cm dari pangkal buah.  Elakkan dari tercedera kerana lendirnya akan keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mutu buah.  Penuaian mula dilakukan ketika:-

  1. 50 hingga 55 hari selepas menanam.
  2. 5 hingga 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebungaan.
  3. Buah berukuran 10 hingga 12 cm panjang iaitu buah-buahan masih lembut, hujungnya rapuh, senang dipatah dan belum berpulur.

Pada peringkat ini buah-buah telah mencapai kadar pertumbuhan yang paling tinggi dan hendaklah dituai supaya pokok-pokok bendi boleh terus mengeluarkan bunga-bunga baru dan seterusnya menjamin pengeluaran buah yang berterusan.  Hasil dikutip setiap 2 hari sekali dan berterusan sehingga 8 minggu.  Jumlah hasil dianggarkan 10,000 hingga 15,000 kilogram sehektar.

Kawalan Rumput:
Racun pracambah Alachlor, pada kadar 4 liter/hektar disebur ke atas batas sebelum 2-3 hari biji benih ditanam.  Ini boleh mengawal rumput untuk 2-3 bulan.  Rumput yang tumbuh diantara batas boleh dikawal dengan penyemburan racun paraquat pada kadar 2 liter/hektar ataupunm secara manual.  Dengan cara lain, plastik boleh digunakan untuk mencegah rumput di atas batas yangmana boleh digunakan untuk musim.

Pengendalian Lepas Tuai
Buah-buah yang telah dituai dikumpulkan di tempat teduh dan dimasukkan ke dalam bakul (plastik atau buluh) yang telah dialas dengan kertas atau plastik cerah yang berlubang.  Ia hanya boleh disimpan selama 2 hingga 3 hari sahaja tanpa dibungkus dengan plastik.  Sedikit air perlu dipercikkan supaya mengudaraan menjadi lembab.  Buah-buahan yang dibungkus dengan beg plastik boleh disimpan selama 7 hingga 8 hari dalam keadaan suhu 24oC hingga 26oC dan kelembapan bandingan 70 hingga 75 peratus.

Program Pembajaan Tanaman Bendi

 

Bulan lepas tanam

Jenis baja

Aplikasi

Bendi MKBe 1

(g/pokok)

Kuantiti

 7,200 pokok/ekar

(0.9mx0.6m)

Kuantiti baja

1 ekar

2-4 hari sebelum tanam

Taaveekun soil amendment bio-super

Tabur & gaul dengan tanah

600 kg

600 kg = 24 bag

1 hari sebelum tanam

Asid amino taaveekun 1

Basahkan suratkhabar dalam 40ml + 20l air

Perap biji benih dalam suratkhabar 8 – 12 jam

40 ml

80 ml = 1 botol

 Minggu 1

Amino asid TaaVeekun SuperTVK Wood Vinegar Super

30ml + 30ml + 20l air: sembur pokok

Layang

300 ml

300 ml

1L = 1 botol

1L = 1 botol

Minggu 3

Amino asid TaaVeekun SuperTVK Wood Vinegar Super

30ml + 30ml + 20l air: sembur pokok

Layang

300 ml

300 ml

1L = 1 botol

1L = 1 botol

Minggu 4

Sebatian TaaVeeKun 16:4:20:2MgO:1B:TE:HA

Tabur keliling pangkal pokok

30 g

168 kg

168 kg = 7 bag

Minggu 5

Amino asid TaaVeeKun Super 3TVK Wood Vinegar Super

30ml + 30ml + 20l air: sembur pokok

Layang

300 ml

300 ml

1L = 1 botol

1L = 1 botol

Minggu 7

Amino asid TaaVeeKun Super 3TVK Wood Vinegar Super

30ml + 30ml + 20l air: sembur pokok

Layang

300 ml

300 ml

1L = 1 botol

1L = 1 botol

Minggu 9

TaaVeeKun Super GoldTVK Wood Vinegar Super

30ml + 30ml + 20l air: sembur pokok

Layang

300 ml

300 ml

1L = 1 botol

1L = 1 botol

Minggu 11

TaaVeeKun Super GoldTVK Wood Vinegar Super

30ml + 30ml + 20l air: sembur pokok

Layang

300 ml

300 ml

1L = 1 botol

1L = 1 botol

Minggu 13

TaaVeeKun Super GoldTVK Wood Vinegar Super

30ml + 30ml + 20l air: sembur pokok

Layang

300 ml

300 ml

1L = 1 botol

1L = 1 botol

Advertisements

2 responses to “Panduan menanam BENDI

  1. Pingback: Panduan menanam BENDI | Fertile lands·

  2. Pingback: Panduan menanam BENDI | Fertile lands·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s