TaaVeeKun: baja pulih tanah + mikrob

Baja soil amendment cap pokok sawitTAAVEEKUN

BAJA PULIH TANAH + MIKROB DARI THAILAND

BAJA PULIH TANAH + MIKROB (BPT+M) bermula apabila petani-petani di pedalaman Thailand dengan gigihnya mencari jalan penyelasaian untuk meningkatkan pendapatan dan taraf kehidupan mereka dengan tanah dan kewangan yang terhad melalui bantuan teknologi sains pertanian. Dengan peningkatan kos baja kimia/sintetik sehingga 200% namun pendapatan dari hasil tuaian tidak mencukupi bagi menampung kehidupan harian mereka.

Kajian telah menunjukkan bahawa terdapat banyak organisma dan mikro organism yang hidup dalam tanah di hutan , dan ianya dapat menghasilkan nutrient dan mineral yang diperlukan oleh pelbagai tumbuhan. Organism dan mikro organism dapat membantu tumbuhan tersebut daripada dijangkiti penyakit.

Pihak saintis juga telah membuktikan kepada petani-petani tersebut bahawa baja kimia yang digunakan oleh mereka telah membunuh organism dan mikro organism di dalam tanah dan menyebabkan tanah mereka menjadi tandus dan tidak subur serta mencemarkan system tali air.

Hasil dari kajian ini, saintis Thailand telah menggunakan bahan-bahan mineral dan organik tempatan yang tersedia ada untuk menghasilkan baja pulih tanah+M  dengan kos yang rendah berbanding dengan baja kimia yang digunakan oleh petani-petani sebelum ini.

Dengan bantuan BPT+M ini, ramai petani Thai telah mengenepikan kaedah-kaedah lama yang menggunakan baja kimia ke arah system perladangan yang menggunakan BPT+M yang baru ini. Kaedah ini telah dapat menghasilkan peningkatan keluaran yang lebih daripada 50% tuaian seekar serta hasil kualiti buah dan susu getah juga lebih bermutu. Pada masa yang sama,SC+M itu juga dapat mengembalikan semula kesuburan tanah tersebut.

Penggunaan BPT+M  ini telah dapat membantu Thailand meningkatkan hasil getah, kelapa sawit, padi, sayur-sayuran dan buah-buahan dan selanjutnya mengurangkan tahap kemiskinan petani-petani pedalaman serta dapat membantu kerajaan Thai mengurangkan import bahan kimia di luar Negara.Ternyata bahawa penggunaan BPT+M  ini telah memanafaatkan manusia dan merevolusasikan sector pertanian.

           Untuk memahami kepentingan baja dan apa sebenarnya yang dilakukannya, pertamanya kita hendaklah memahami tentang kandungan tanah

Kandungan tanah yang subur bukan sahaja mengandungi jisim mineral pejal, tetapi juga organism yang mereput hidupan organisma, air dan udara. Atau dengan lebih lanjutnya, kandungan tanah ,mengandungi seperi yang berikut:

  • JISIM MINERAL –        Pasir dan tanah liat atau bahan “non-                                                             living” dari batu
  • MIKROB              –        Bakteria, kulat dan alga
  • BINATANG                   –        Cacing, serangga, ular  dan mamalia
  • JISIM ORGANIK          –        Jisim mereput yang sebelumnya hidup
  • RUANG POROS         –        Ruang kosong yang dipenuhi oleh air dan                                                     udara.

Baja dan apakah peranannya?               

Baja menambah bekalan-bekalan yang baru nitrogen, fosforus, potassium dan lain-lain kesan elemen ke atas tanah yang mana nutrient-nutrien semulajadi semakin berkurangan. Bagi tanaman-tanaman kekal seperti kelapa sawit dan getah atau tanaman yang ditanam berulang kali seperti tanaman padi dan sayuran, keperluan nutrient-nutrien untuk menampung tanaman tersebut adalah sangat tinggi dan cepat digunakan.

Berikut adalah senarai komposisi campuran baja dan kegunaannya:

(N)    =       Nitrogen     –        Warna dan ketumbuhan

(P)     =       Fosforus    –        Tenaga

(K)     =       Potasium   –        Menyusun atur proses fisiologi

(S)     =       Sulfur                   –        Sintesis protein

(FE)  =       Besi            –        Warna

Kebiasaannya baja dikategorikan sebagai samada “organic atau sintetik”.Kedua-duanya memberikan nutrien yang sama, tetap berbeza dari segi punca nutrienya dan dari segi nutrienyya dibebaskan ke atas tanah.

Nutrien di dalam baja sintetik diperbuat dari bahan kimia dan didatangi dengan bentuk yang mudah larut “ soluble form”.(Nutrien sintetik lebih tersedia ke atas tumbuhan). Untuk baja kimia melarut perlahan “ Slow acting”, ianya diselaput dengan bahan lain untuk menggalakkannya dari terus larut dan membuatkannya lebih tersedia untuk tanaman dalam jangka waktu tertentu.

. BPT+M adalah tidak mudah larut atau “insoluble” dan memerlukan aktiviti mikrob di dalam tanah bagi menghasilkan nutrient dan membuatkannya lebih tersedia kepada tumbuhan.

Malangnya, secara tradisi pilihan petani-petani antara MINERAL +organic  atau BPT+M dan sintetik di menangi oleh baja sintetik kerana ianya mampu mendatangkan hasil dan mudah dan cepat, akan tetapi ianya boleh memudaratkan tanaman dan tanah kita dalam jangka masa yang panjang.

Cuba  kita bandingkan BPT+M  dan sintetik dan lihat akan faedah dan keburukkannya ke atas tanah dan tumbuhan.

Pertamanya, kita lihat kepada baja Sintetik:

Baja Sintetik mempunyai kelebihan di mana ianya dapat disalurkan terus dan cepat ke atas tanaman. Baja Sintetik yang dicampurkan dengan sempurna dan kemudiannya digunakan untuk tanaman pada waktu yang betul boleh membantu kehidupan tanaman. Akan tetapi, baja Sintetik dengan hanya segelintir bahan kimia NPK tidak mempunyai nutrient yang lengkap untuk membantu kehidupan tanaman dan tanah yang subur.

Baja Sintetik yang disaluti bahan bagi mengelakkanya terlarut dengan cepat, ianya mestilah digunakan dengan penuh hati-hati, terutamanya  ke atas tanah berpasir, yang mana boleh menyebabkan akar melecur dan seterusnya menyerap dengan cepat sehingga melangkaui jarak gapaian akar. Bagi tanah liat atau tanah yang mengandungi kadar organic yang tinggi dan kandungan humus, ini bukanlah satu masalah yang besar.

Apa yang tidak disedari petani selepas hujan lebat, baja Sintetik yang belum terlarut akan dihanyutkan ke sungai melalui saliran air. Akhirnya bekalan air kita akan tercemar dan secara perlahan membunuh khasiat-khasiat mikro-organisma di dalam system semulajadi kita.

Sekiranya tiada jisim organic di dalam tanah, bahan kimia NPK tersebut boleh meracuni tanah dan tanaman kita.Tanah yang tidak sihat akan menyebabkan tumbuhan lebih mudah terdedah kepada penyakit dan seranga-serangga.

Hasil dari kegunaan bahan kimia yang berlarutan, kandungan sodium dalam tanah akan meningkat dan tanah menjadi tandus.

Sekarang mari kita lihat BAJA PULIH TANAH  + MIKROB:

Kandungan-kandungan di dalam setiap beg BPT+M  terdiri dari NPK semulajadi, elemen-elemen tinggalan,jisim-jisim karbon yang penting kepada hidupan mikrob dan menampung hidupan generasi seterusnya yang mana penting kepada nutrient tanah.

Satu beg BPT+M mengandungi semua karbon/tenaga bagi memenuhi keperluan mikrob-mikrob tanah. Di dalam beg baja kimia tidak mempunyai sebarang tenaga ( karbon).

BPT+M mengandungi tenaga dan komponen-komponen yang lain yang diperlukan bagi membentuk kesuburan tanah secara berterusan, struktur leraian  ( Crumb Structure), meningkatkan kadar takungan air, pemakanan berkhasiat kepada hidupan tanah, merapikan tanah, dan menyumbang kepada beratus-ratus hidupan yang masih belum diketahui yang membolehkan tumbuhan hidup dengan sihat dan sempurna.

Bagi membolehkan tumbuhan diberi makan dengan betul, samada baja kimia atau organic, hidupan mikrob di dalam tanah mestilah memproses baja tersebut dalam bentuk bahan dan kemudia dibebaskan dengan kadar yang betul bagi kesempurnaan tumbuhan menyerapnya.

Bila anda memberikan tumbuhan anda baja Sintetik, anda memusnahkan struktur hidupan tanah dan membiarkan tumbuhan bergantung kepada bahan kimia. Kadar takungan air dalam tanah berkurangan, dan juga daya ketahanan tumbuhan kepada serangan penyakit. Satu cara bagi memastikan tumbuhan anda kelihatan baik adalah dengan memberikannya bahan kimia lagi kitaran kimia.

Hari ini, kesedaran mengenai ancaman sebenar ke atas alam sekitar melalui kegunaan bahan kimia telah mencetuskan tindakan petani-petani untuk menghindarkan dari menggunakan bahan kimia secara am. Di dalam industrI pertanian, pemahaman berkenaan hubungkait antara tumbuhan yang sihat, dan struktur tanah organik yang baik juga sedang berkembang. Malah, segmen organik telah diberikan potensi peningkatan yang besar dalam industry pemakanan dan pertanian di Thailand.

Struktur tanah yang baik adalah yang bebas dari bahan kimia, baja Sintetik, racun perosak, racun rumpai dan racun fungus adalah penyumbang utama kepada struktur tanah yang rosak. Struktur tanah ladang organic yang baik akan menghasilkan tanaman yang sihat, lebih hasil tuaian getah dan buah-buahan, ketahanan ke atas penyakit yang lebih baik, pengawasan tanah dan kadar takungan air yang lebih baik.

Sebaliknya tanah lebih baik difahami dari sudut biologi berbanding dai sudut kimia. Tanah yang baik adalah yang hidup!

Dengan mengembalikan mikro-organisma ke tanah, rantaian pemakanan tanah akan mula menyelesaikan banyak masalah dengan kaedah semulajadi. Keadaan akan bertambah baik apabila kulat dan mikrob mula bekerja ke atas tanah anda, tak kira tanah jenis apa yang anda ada.Untungnya pada masa hadapan, anda boleh mengurangkan kadar baja yang anda perlukan dengan memperbetulkan struktur tanah dan menambah jisim organic ke atas tanah setiap tahun. Hasilnya tanah yang kaya dan subur, kurang memerlukan baja tambahan sintetik.

Hidupan mikro berkisar mengenai pemprosesan makanan dan membenarkan system semulajadinya bertindak tanpa gangguan.

Semua hidupan mikrob akan nanti bergabung dengan hidupan yang lain dalam tanah dan mula menghasilkan pemakanan kepada tumbuhan, mengudarakan kepada tanah dan memastikan lembapan tersimpan di hari yang kering. Setiap kali bacteria dan kulat dihadamkan, maka terhasillah nutrien semulajadi.

Berbeza dengan  baja kimia,BPT+M akan mengekalkan nutrient ke atas tanah sehinggalah tumbuhan memerlukan nutrient tersebut dan memproseskannya. Sebagai pertukaran ke atas nutrient-nutrien tersebut, tumbuhan pula akan menghasilkan cairan dari akarnya yang kemudiannya menyediakan punca pemakanan yang baik untuk menampung kehidupan mikrob. Ringkasnya, itulah satu rantaian pemakanan eko system tanah yang berfungsi dengan sihat.

Kesemua nutrient mestilah dihadamkan oleh tindakan mikrob sebelum nutrient tersebut tersedia untuk diserap oleh akar.

Mikrob adalah ramuan utama bagi “struktur tanah yang baik”. Setelah mereka menukar nutrient organic dan jisim organic ke bentuk yang mudah larut, mereka akan pastikan nutrient-nutrien tersebut tersimpan di dalam tanah bagi kegunaan tumbuhan yang akan datang. Walaupun masa beredar, ianya tidak akan tersisih. Tambahan pula ia akan menghasilkan produk sampingan yang dipanggil “glomalin”, yang bertindak sebagai gam, yang menyambungkan jisim tanah dan jisim organic.

Proses ini meningkatkan lagi struktur tanah. Tanah akan menjadi lebih poros, membolehkan oksigen dan air meresap jauh ke dalam tanah. Kesihatan keseluruhan tanah bergantung kepada jumlah air dan oksigen yang masuk ke dalam tanah sehingga ke system akar. Itulah sebabnya kenapa agak sukar untuk bercucuk tanam di tanah yang padat.

Sebagai tambahan kepada memberikan tumbuhan nutrien yang mudah larut, oksigen dan air, mikrob-mikrob juga mengawal persekitaran tanah, mempertahan tumbuhan dari patogen-patogen tumbuhan. Kadang-kadang mereka juga dipanggil “pathogen patrol”. Kulat juga boleh bertindak sebagai kawan (mycorrhizae) atau musuh ketat kepada suatu tumbuhan yang sihat. Kulat berpatogen adalah musuh paling ketat dan merbahaya kepada tanaman (sebagai tambahan kepada pelbagai haiwan rodensia).

Dalam tanah yang subur, mikrob dan kulat yang kaya memenuhi kesemua ruang yang ada, menghalang pathogen dari bertapak dan mula mengancam tumbuhan yang sihat.Mikrob mampu menghindari pathogen-patogen melalui 2 cara iaitu melalui pelepasam kompaun antibiotic dan perebutan ruang dan makanan di dalam tanah. Adalah jarang sekali bagi kulat berpatogen untuk mencerboboh dan mengambil alih ruang tumbuhan ke atas tanaman yang berada di tanah yang subur.

“Bila kesemua ruang yang ada di dalam tanah dipenuhi dengan mikrob-mikrob yang kaya ini, tiada lagi ruang yang tinggal bagi pathogen bertapak dan melakukan kerosakan!”.Terdapat juga pertarungan yang berterusan bagi merebut nutrient-nutrien yang sedia ada. Semakin besar jumlah konsentrasi mikrob-mikrob yang kaya ii, smakin kurang nutrient untuk pathogen.

Apakah MIKROB dan Apakah Peranan mereka?

Mikrob adalah bentuk kehidupan yang tertua di bumi ( lebih daripada 3.8 billion tahun)

Mikrob adalah organisma mikro skopik, kulat, bakteria, protozoa dan virus jenis mikrob yang berbeza. Walaupun anda tidak dapat melihatnya tanpa mikroskop, mikrob sebenanrnya berada di mana-mana.

Mikrob adalah pejuang yang terulung, ianya boleh didapati hamper di mana-mana di bumi.

Didalam tanah yang berada di bawah kaki anda, mungkin terdapat pelbagai jutaan mikrob. Bagi segram tanah, mikrob boleh mencecah sehingga 1 billion.

Mikrob mengeluarkan lebih dari separuh daripada oksigen yang kita bernafas.

Terdapat mikrob pemusnah (pathogen). Mikrob yang boleh menyababkan penyakit tetapi yang selebuhnya adalah mikrob baik membantu haiwan dan manusia menghasilkan ubat-ubatan.

Kombinasi berbeza antara mikrob-mikrob yang baik dapat membantu petani-petani bercucuk tanam dan menghasilkan tanaman yang banyak tanpa menggunakan baja yang boleh merosakkan alam semulajadi.

Tanah kita bernyawa. Tidak kelihatan dengan mata kasar, ianya ialah penghadam yang terhebat di bumi, sentiasa menghuraikan bahan organic kepada bentuk yang boleh diguna semula “usable form” dan boleh dikenal pasti, diserap oleh tumbuhan dan akhir sekali member pertumbuhan yang baru.

Keajaiban kehidupan organism yang kompleks ini dipanggil mikrob, ianya bekerja keras mengubah kompaun organic yang kompleks seperti tanin, linguin,protein karbohidrat, selulos, pektin dan sebagainya kepada bentuk yang boleh digunakan oleh tumbuhan dalam proses pertumbuhan.

Mikrob membantu dengan menstabilkan tanah dengan menggabungkan secara fizikal jisim tanah. Mereka menghasilkan produk sampingan seprti glomalin yang bertindak sebagai “gam” yang membantu mencantumkan jisim tanah liat dan bahan organic, dan seterusnya menyumbang kepada penggabungan tanah. Semua ini terjadi bagi membentuk satu tanah yang subur dan produktif.

Tanah yang subur sepatutnya mengandungi tidak kurang dari 1 billion mikrob per gram.Kehadiran mikrob ini memastikan nutrient akan sentiasa tersedia untuk tanaman anada pada kadar yang stabil.

Walau bagaimanapun, penggunaan secara berterusan baja Sintetik  racun rumpai, racun kulat dan racun perosak akan menjadikan tanah tandus. Malangnya, mikrob-mikrob yang kaya ini tidak dapat bertahan lama di dalam persektaran tanah berkimia pada jangka waktu yang sama.

Petani-petani tidak menyedari bahawa mikrob-mikrob memerlukan makanan dalam bentuk bahan organic bagi menjamin tanah yang subur dan produktif bagi tanaman. Baja Sintetik adalah makanan kepada tanaman, dan bukannya kepada mikrob dalam tanah.

Kaedah pertanian melalui system baja kimia/sintetik telah menjadikan tanah ketidakseimbangan yang akan mengudang serangan penyakit dan serangga serta masalah alam sekitar saperti hakisan dan pencemaran air dalam tanah.

Peranan mikrob utk kesuburan timbuhan dan tanah

* Memperbaiki penggemburan tanah

* mengurai jisim organik

* mengawal hakisan

* Meningkatkan kadar mineral sediaada kepada tumbuhan

* Mengurai toksin

* Menggalakkkan pertumbuhan akar yang sihat

Mikrob memainkan peranan yang penting dengan menyuburkan tanaman dengan nutrian nutrian yang diperlukan.mikrob mikrob ini kemudiannya membaik pulih nitrogen atmosfera, melarutkan dan mengalihkan fosforos, memindahkan elemen elemen kecil saperti zink,tembaga dan sebagainya kepada tanaman.

Nutrian organic dalam bentuk asalnya,tidak tersedia kepada akar tanaman untuk diserap.Mikrob mikrob tanah yang baik saperti  “aerobic microbes”  dapat menyediakan nutrian nutrian yang perlu kepada tanaman.Nutrian dari penghadaman mikrob ini menghasilkan “microbial digestion”  kekal di dalam tanah sehingga tumbuhan bersidia untuk menggunakan nutrian tersebut.

Mikrob juga menghadam sesame sendiri, dan mengubah nutrian organic untuk tumbuhan.Sebagai balasan pula tumbuhan mengeluarkan  bahan karbon untuk mikrob.Ianya adalah satu eko system yang paling lama di bumi ini.

Apakan BAJA PULIH TANAH + mikrob (BPT+M)

BPT+M adalah sejenis bahan yang mengandungi mineral dolomite yang di gabung dengan mikrob yang di guna pakai untuk tujuan pemulihan ,meningkat dan membentuk semula struktur tanah yang telah rosak.kepadatan mikrob adalah sangat penting bagi menampakkan hasil yang cepat dan ketara di ladang.

BPT+M akan meningkakan koloni di dalam tanah.Produk ini mengandungi mikrob yang penting untuk mengekalkan keseimbangan tanah.Mikrob ini akan membantu dari segi menigkatkan daya ketahanan ke atas penyakit dan mengawal persekitaran tanah daripada organisma yang merbahaya..ianya akan mengurai tanah yang padat yang kemudiannya memudahkan air dan udara meresap jauh kedalam tanah.Kadar takungan air meningkat sehingga 35-50% kerana struktur tanah pulih saperti biasa.

Perladangan yang intensif dan berterusan telah mengakibatkan kehabisan nutrian semula jadi di dalam tanah.Oleh itu penggunaan  bahan  baja pulih tanah  ini adalah penting bagi memastikan tanaman sentiasa mendapat keperluan supplement bagi memastikan tanaman yang subur dan hasil tuai yang tinggi.

Amalan penggunaan baja pulih tanah ini secara berterusan juga akan mengurangkan penggunaan baja kimia dan seterusnya memberi kesan alam sekitar yang hebat serta pengurangan  kos yang selama ini terlalu menekan kepada baja dan racun kimia.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s